Pustaka Permata
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Laluan Ke Syurga

1:34 AM

Penulis : Abdul Fatah Zakaria
Penerbit : Must Read Sdn Bhd
Kod Buku : MRBK1015
HARGA : RM 21.90


"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang.

Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.

Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.

Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.
Read On 0 comments

Al Quran di sebalik ayatul Qursi

1:29 AM

Penulis : Khairul Ghazali
Penerbit : Must Read Sdn Bhd
Kod Buku : MRBK1003

HARGA : RM 19.90


Sabda Rasulullah SAW "Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara. Jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan As-Sunnah"

Daripada beribu-ribu ayat yang terkandung di dalam Al-Quran, inilah satu-satunya ayat yang dinamakan Ayat Kursi. Ayat ini diturunkan selepas hijrah dan sejarah mencatatkan bahawa semasa turunnya ayat ini, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga gempar kerana adanya halangan dalam usaha mereka menyesatkan umat manusia. Bersamaan dengan kemuliaan dan kehebatan ayat ini, Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Barang siapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Sebagai tambahan kepada mereka yang beramal dengan bacaan Ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah SWT daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Read On 0 comments

Kuasa Kepimpinan Al Fateh

1:15 AM

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh
Penulis: Muhammad Syaari Abdul Rahman
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Kandungan

Bab 1: Kuasa Semangat Pemuda
Bab 2: Kuasa Pemikiran Strategik
Bab 3: Kuasa Pemikiran Kreatif dan Inovatif
Bab 4: Kuasa Kerja Berpasukan
Bab 5: Kuasa Contoh
Bab 6: Kuasa Pidato Berpengaruh
Bab 7: Kuasa Iman dan Tawakal
Bab 8: Kuasa Jihad dan Pengorbanan
Bab 9: Kuasa Diplomasi dan Kebajikan
Bab 10: Kuasa Bahasa
Bab 11: Kuasa Sentuhan Ulama
Bab 12: Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif
Read On 0 comments

Anakku Hebat,Anakku Soleh

1:12 AM
Anakku Hebat Anakku Soleh
Penulis: Tuan Hj Dr Zahazan Mohamed
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM39.90

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.
Read On 0 comments

Furu- Al Masail

12:56 AM

Penulis : Datuk Abu Hassan Din
Kod Buku : TBBK1157
Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd

HARGA : RM 75.00


Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat.


Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”
Read On 0 comments

Khilaf Dalam islam : Sebab dan Adab

12:44 AM
Abdul Rasyid Idris

Dr Azwira bin Abdul Aziz

Dr Fadlan Mohd Othman

Penerbit : Jahabersa

Harga : Rm 30.00

Buku ini menghimpun 3 tulisan dari 3 penulis :

  1. Perkara Yang Pasti dan Tidak Pasti
  2. Fakto-Faktor Perselisihan Pendapat
  3. Adab-Adab Berbeza Pendapat Dalam Islam

Tulisan ini kompak (padat) namun isinya tetap bernas. Semua dibawakan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman salaf.

Ia tidak perlu diulas panjang.

Surah Hud 11 : 118 Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat 119. Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.

Perselisihan pendapat dan perbezaan pandangan adalah lumrah kejadian Allah. Namun ini tidak bermakna Allah menyuruh hambanya sentiasa berbalah, sebaliknya Allah memerintahkan hambanya untuk bersatu atas kebenaran.

Sesunguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa Ar-Rasyidin Mahdiyin selepasku. Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat”. (Sahih : Sunan Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Selepas merincikan faktor dan punca yang menyumbang kepada perbezaan pendapat, naskah ini juga membawakan solusi menurut Islam.

Namun saya tegaskan, perbincangan tentang khilaf khusus untuk orang yang berfikiran terbuka, lapang dada menerima pembaikan@kritikan dan tidak taksub mazhab.

Buku ini tidak akan bermanfaat kepada orang yang taksub mazhab dan sempit dadanya menerima kebenaran dari orang lain.

Read On 0 comments

Siapakah Ahli Sunnah Yang sebenar

12:31 AM

Penulis : Dr Azwira Abdul Aziz (Fakulti Pengajian Islam UKM)

Penerbit : Jahabersa (2006)

305 Halaman

Buku ini diberi kata pengantar oleh Prof. Dr Abdul Fattah Haron

Buku ini sebenarnya satu dari beberapa siri buku yang ditulis untuk menjawab tohmahan terhadap tokoh-tokoh ahlus sunnah.

Tokoh-tokoh ahli sunnah yang diburuk dan dicerca bukan merujuk tokoh ilmuwan atau sarjana tempatan atau mutkahir. Sebaliknya tokoh-tokoh yang terlibat termasuk Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, anak muridnya Ibnu Qayyim al-Jawziyah dan Syaikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab.

Di sisi pembaca tempatan (Malaysia) mungkin polemik ini terasa masih baru. Namun dari sisi khazanah intelektual, perbalahan dan konflik ini bukanlah suatu hal yang baru. Tohmahan dan cercaan terhadap dua tokoh abad ke-7 seperti Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim sudah pun bermula ketika mereka masih hidup lagi.

Tidak ada penemuan baru dalam tohmahan yang dibuat oleh Zamihan Al-Ghari, sebaliknya menurut pengarang buku ini, beliau hanya menyalin dan menukilkan tohmahan yang telah dibuat oleh orang terdahulu. Dalam kes ini, Zamihan begitu banyak bertaklid kepada gurunya iaitu Hassan Ali As-Saqqaf.

Saya tidak berhasrat mengulas panjang berkaitan dua individu ini, lebih-lebih lagi kedua-duanya terlibat dengan kontroversi dan ada kes yang masih dibicarakan di mahkamah berkaitan mereka. Semoga Allah memberikan mereka taufiq dan hidayah.

Sepintas lalu

Buku ini mengupas 11 tomahan yang dibuat ke atas ulama ahlu sunna. 4 tokoh yang diserang secara langsung ialah Ibnu Taimiyah, Ibu Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahab dan ahli hadith Muhammad Nasiruddin al-Albani.

Beberapa ilmuwan dan penulis lain yang menulis bantahan terhadap buku-buku Zamihan termasuk Kapten Hafiz Firdaus dan Ustaz Rasul bin Dahri.

Read On 0 comments

Cakar Harimau : Tips Kebahagiaan Rumah Tangga

12:13 AM
Harga : RM 19.00
Read On 0 comments

Hadiah buat Muslimah

12:07 AM

Judul: HADIAH BUAT MUSLIMAH
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
Harga : Rm 30.00

HADIAH BUAT MUSLIMAH – Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.


Bab-1: ISLAM DAN WANITA
l Pandangan Islam Terhadap Wanita
l Kewajipan Wanita Islam
Bab-2 : WANITA DAN BERSUCI
l Pembahagian Air
l Pembahagian Najis
l Istinjak
l Wuduk
l Tayamum
l Darah Wanita
l Mandi Wajib / Junub
l Mandi Sunat
l Mewarna Kuku
l Istihdad (Mencukur Bulu Ari-Ari)
l Memotong Kuku
l Rambut Palsu
l Khitan
l Mencabut Bulu Ketiak
Bab-3 : WANITA DAN SOLAT
l Pengenalan Solat
l Perkara yang membatalkan solat
l Kewajipan Menutup Aurat dalam solat
l Qada Solat
l Suara Wanita dalam Solat
l Solat di rumah lebih afdal untuk wanita
l Imam Wanita
l Wanita dan solat berjemaah di masjid
l Solat Gerhana
l Solat Jenazah
Bab-4 : WANITA DAN PUASA
l Puasa ramadan
l Puasa-puasa Sunat, Makruh dan Haram
l Hikmah puasa dan kelebihan bulan Ramadan
l Pesanan Buat Wanita ketika Berpuasa
l Qada Puasa
l Fidyah Puasa
Bab-5: WANITA DAN ZAKAT
l Pengertian Zakat
l Hikmah zakat
l Zakat yang berkait rapat dengan wanita
l Golongan yang berhak menerima zakat
l Kelayakan mendapat zakat
l Galakan Kaum Wanita Bersedekah
Bab-6: WANITA DAN HAJI
l Pengenalan Haji
l Jenis-jenis haji
l Perkara-perkara wajib haji
l Sunat-sunat haji
l Pakaian Ihram Wanita
l Masalah-masalah wanita ketika menunaikan haji
l Pengenalan Umrah
l Perbezaan antara Haji dan Umrah
l Permasalahan Haid dengan Haji dan Umrah
Bab-7: WANITA DAN PERKAHWINAN
l Hukum perkahwinan
l Proses perkahwinan
l Nafkah
l Nusyuz
l Mohon cerai untuk elak daripada fitnah
l Pembubaran perkahwinan
l Talak
l Fasakh
l Khuluk
l Mutaah
l Hadanah
l Idah
l Rujuk
Bab-8: WANITA DAN PERGAULAN
l Kebenaran keluar rumah
l Membelanjakan Harta Suami
l Memberi salam kepada lelaki
l Menuntut ilmu yang dituntut oleh syarak.
l Menziarah kubur
l Bersentuhan lelaki dan wanita
Bab-9: WANITA DAN PERHIASAN
l Emas dan Sutera
l Berhias diri pada hari perkahwinan
l Menyambung rambut
l Memakai wangi-wangian
l Menutup aurat
Bab-10: KEWAJIPAN WANITA ISLAM
l Kewajipan Wanita sebagai anak
l Kewajipan Wanita sebagai Isteri
l Kewajpan Wanita sebagai Ibu
Bab-11: HUKUM WANITA DALAM BEBERAPA PERKARA BERBANDING WANITA AGAMA LAIN.
l Wanita yang haid
l Memberi persaksian
l Perceraian
l Pemilikan Harta Seorang Isteri
l Poligami..
Read On 0 comments

Allah is Calling

12:03 AM
HARGA : RM 18.00

Penulis : Zainudin Hashim

Penerbit : Kemilau Publika

Halaman : 242 muka surat


Sesungguhnya persoalan hidayah adalah tugas dan kerja Allah SWT, walaupun mungkin dari segi zahirnya seseorang itu kelihatan tidak beriman dan mungkin juga jelas menentang-Nya, namun dari segi batinnya tiada seorangpun yang tahu bahawa dia benar-benar cenderung dan suka kepada kebenaran, khususnya Islam, satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.


Bagi kita yang memang lahir daripada keluarga Islam, tidak mudah untuk menghukum seseorang terutama dari individu yang bukan Islam, bahawa mereka adalah ahli neraka dan pasti akan kekal menghuni di dalamnya, tetapi persoalannya di sini, pernahkah kita berjumpa mereka dan berkata sesuatu mengenai Islam sebelum menjatuhkan apa-apa hukum terhadapnya sebelum mengatakan bahawa mereka memang ahli neraka.


Itulah kesilapan yang memang semulajadi ada pada diri kita yang memang suka menjatuhkan hukum kepada individu tertentu terutama di kalangan bukan Islam, malah ia jadi trend di kalangan kita, sepatutnya kita sudah berubah menjangkau lebih daripada itu, iaitu menjadi golongan yang bersedia untuk memimpin mereka ke jalan selamat di dunia dan akhirat dengan menjadikan ‘Sirah Nabi Muhammad’ sebagai inspirasi untuk berdakwah.


Justeru, buku ‘Allah is calling’ ini diharapkan menjadi sumber bacaan kepada kita untuk menilai semula apakah peranan yang telah kita laksanakan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan menyeru seramai mungkin manusia ke jalan makruf dan meninggalkan jalan-jalan mungkar bertepatan dengan ikrar dan sumpahan kita dalam setiap solat fardhu yang kita lakukan.

Read On 0 comments

Hadis 40 imam nawawi

12:01 AM

Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed dan Hj Muhammad Zakaria
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
HARGA : RM 23.00


Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis.


Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da’i. Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya.


Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.

Read On 0 comments

Putera Lembah Bakkah

11:16 PM
Muhammad SAW - Putera Lembah Bakkah (Edisi Kemaskini)
Penulis: Zuraimi Ismail
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM13.00

Anekdot kehidupan Nabi SAW dalam bentuk kreatif. Banyak sudah ditulis tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Namun apa yang menarik mengenai buku ini adalah, pengkisahan detik-detik awal kehidupan Nabi SAW diolah dengan gaya kreatif yang cukup indah. Gaya penulisan yang menggunakan ketajaman kreativiti dan kehalusan perasaan ini menjadikan pengkisahan mengenai kehidupan Rasulullah begitu dramatik. Gambaran watak-watak dan ungkapan dialog-dialognya terasa 'hidup'. Ia membawa pembaca seolah-olah berada di zaman baginda dan melihat sendiri 'visual' yang berlaku di depan mata!Daya imaginasi pembaca akan dirangsang untuk menyelami kehidupan Nabi SAW di zaman kanak-kanak dan remaja membawa ke usia baginda 25 tahun, malah turut menelusuri beberapa tahun sebelum kelahiran baginda lagi untuk menggambarkan suasana yang kondusif yang telah disediakan oleh Allah untuk kelahiran kekasih-Nya. Sentuhan Zuraimi Ismail yang sekian lama menulis tentang sirah Nabi dalam majalah ANIS, ASUH dan majalah i, menjadikan buku ini sangat berbeza daripada buku-buku yang pernah ditulis tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Menghayati nukilan kreatif anekdot-anekdot popular yang banyak diceritakan dalam sejarah ini merupakan satu pengalaman membaca yang cukup mengasyikkan. Buku ini menjanjikan satu kelainan. Persembahannya ringan tapi sangat menghiburkan dan memberi kepuasan membaca.
Read On 0 comments

Rahsia Haji

10:29 PM
Tajuk Buku : RAHSIA HAJI
Penulis : Muhd Najib Abdul Kadir
Terbitan : Telaga Biru
Harga : Rm 45.00
Read On 0 comments

Kisah-kisah Inspirasi Para Mualaf Dunia

10:24 PM
Penerbit: Al-Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd
Harga : RM 55.00
Read On 0 comments

Tip tip Cemerlang dari Quran

10:13 PM

Penerbit :PTS,
Harga :RM29.00
Read On 0 comments

Buku Motivasi : Minda Muslim Super

10:09 PM
Penerbit :PTS,
Harga : RM35.00
Read On 0 comments

Turki Negara 2 wajah

9:56 PM

Tajuk Buku : Turki Negara Dua Wajah
Penulis : Dr. Abdullah Azzam
Penerbit : Alam Raya Enterprise
Terbitan : 2009 (Cetakan Keempat)
Halaman : 154 mukasurat
Harga : rm 18.00

Turki pimpinan Kamal Ataturk, menjauhkan Islam dari kepemimpinan hidup manusia. Negara dua wjah ini adalah bencana yang paling dahsyat dalam sejarah manusia dan kemanusiaan. Meminggirkan agama (deen) ini dari fungsinya sebagai pedoman dan petunjuk jalan kehidupan manusia adalah tikaman yang paling memedihkan dan menusuk jantung umat.

Sesungguhnya, kesengsaraan dan nasib malang yang menimpa pada diri manusia, khasnya pada keluarga serta masyarakat pada amnya, adalah natijah dan hasil yang alami serta buah yang buruk akibat dilenyapkan Al Quran dari singgahsana kehidupan yang universal serta pandangan hidup yang menyeluruh.

Sesungguhnya kebingungan, kehilangan, kegagalan dan kesempitan yang menyelubungi kehidupan manusia seluruhnya adalah perbuatan dari tangan-tangan jahat yang digerakkan oleh musuh-musuh yang hina (terutamanya orang-orang Yahudi).

Mereka meruntuhkan bangunan yang agung ini dan merobohkan menara yang menjadi petunjuk jalan bagi generasi Islam serta memusnahkan lembaran besar mengenai kebenaran, kepahlawanan dan keluhuran yang dinukilkan kaum Muslimin dengan jihat dan amal salehnya selama tiga belas abad.

Bagaimana bangunan ini runtuh? Bagaimana menara cahaya dan penyuluh itu dirobohkan? Bagaimana negara Islam yang gemilang, iman dan ketamadunan luhur itu hilang? Bagaiamana pula kekhlifahan itu runtuh?

Buku ini mengupas seluruh upaya Yahudi untuk meruntuhkan kekhalifahan Islam terakhir melalui bonekanya yang dikenal sebagai Mustapha Kamal Ataturk - sang manusia berhala yang berjiwa serigala.
Read On 0 comments

25 hadis hadis Palsu dan Lemah

9:41 PM
Tajuk: 25 Hadith-Hadith Palsu Dan Lemah.
Penulis: Ibrahim Mohd Raja.
Penerbit: al-Nafaqah Enterprise.

Kandungan.

Hadith 1. Menuntut ilmu sampai ke Negeri China.

Hadith 2. Ramadhan: Awalnya rahmat pertengahannya keampunan akhirnya pembebasan dari api neraka.

Hadith 3. Membaca surah Yaasin keatas orang yang akan mati.

Hadith 4. Lagi membaca surah yaasin keatas orang yang akan mati.

Hadith 5. Berhaji tapi tidak menziarahi Rasulullah (s.a.w.)

Hadith 6. Solat sunat sebelum musafir.

Hadith 7. Membaca talkin di kubur.

Hadith 8. Berjabat tangan (bersalam) sambil berselawat.

Hadith 9. Binatang korban sebagai tunggangan.

Hadith 10. 15 Perkara yang menyebabkan bala.

Hadith 11. Tha’labah tidak membayar zakat.

Hadith 12. Kefakiran membawa kepada kekufuran.

Hadith 13. Doa senjata orang-orang beriman.

Hadith 14. Doa otak ibadat.

Hadith 15. Yaasin hati Al-Quran.

Hadith 16. Tayammum.

Hadith 17. Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.

Hadith 18. Jangan jadi golongan kelima nanti binasa.

Hadith 19. Membaca Yaasin pada malam jumaat.

Hadith 20. Surah At-Tiin.

Hadith 21. Jihad yang lebih besar.

Hadith 22. Membaca qunut dalam witir dibulan ramadhan.

Hadith 23. Doa keluar tandas.

Hadith 24. Doa makan.

Hadith 25. Puasa tiga bulan berturut-Turut.
Read On 0 comments

Fadhilat dan Amalan membaca Surah surah pilihan

9:28 PM

Tajuk Buku : Fadhilat & Amalan
Membaca Surah-Surah Pilihan
Penulis : Syeikh Mohammad Umar
Penterjemah : Hj Abdul Rahman Mohd Adil
Penerbit : Pustaka Azhar
Terbitan : 2009
Halaman : 319 mukasurat
Harga : rm15.00


Setiap manusia mengharapkan ketenteraman hati dan kebahagiaan hidup. Persoalannya, ketika kehidupan semakin rumit dan beban masalah bertambah berat harapan tersebut semakin sulit dicapai. Tenteram dan bahagiakah kehidupan kita sekiranya sentiasa dihimpit kekurangan rezeki, perniagaan yang gagal, dimusuhi jiran atau masyarakat, dengki khianat kawan, anak yang degil, suami/isteri yang liar, kesihatan diri dan keluarga yang buruk, selalu diganggu sihir atau makhluk halus dan pelbagai kesukaran hidup lagi?..

Sebahagian manusia zahirnya dikurniakan Allah harta melimpah, disanjung masyarakat dan kelihatan hebat. Namun hatinya tetap tidak tenang. Sehebat manapun, kita tetap perlukan bantuan Yang Maha Berkuasa. FirmanNya “maka ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku akan ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkari nikmatKu” (Surah Al-Baqarah 2:152).

Pendekata, mengingati Allah adalah petanda kepada bertakhtanya iman di sudut hati dan bebasnya seseorang muslimin daripada dibelenggu sifat nifaq dan fasik yang tercela. Konsep mengingati Allah pula mengandungi pengertian yang luas. Membaca Al Quran dan menghayati isi kandungannya juga adalah salah satu daripadanya yang menjadi tradisi orang-orang soleh dan bertaqwa kepada Allah. Dengan membaca Al Quran kita akan menjalin hubungan jiwa yang erat dengan Allah pada setiap waktu. Malah membaca Al Quran juga akan menjadikan kita lebih cergas dan bersemangat waja di samping dapat mencapai ketenangan jiwa yang abadi.

Orang-orang yang mengingati Allah memperolehi jaminan perlindungan dari Allah daripada sebarang gangguan dan godaan musuh utama manusia iaitu syaitan yang sentiasa mengintai peluang untuk menjerumuskan manusia ke lembah durjana. Ianya disebut di dalam Surah al-A'raf, ayat 201 yang bermaksud: Bahawasanya orang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan oleh syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah (berzikir), maka dengan itu mereka nampak (jalan benar).

Buku ini menghimpunkan kepada anda ayat-ayat Al-Quran terpilih untuk bacaan berserta fadhilat mengamalkannya. Antaranya adalah bagi menghindari dan mengatasi masalah serta gangguan kehidupan seperti dinyatakan diatas. Malah dengan membaca al-Quran menjadikan kita sentiasa cergas, sihat dan bersemangat melaksanakan perintah illahi dan menjauhi segala laranganNya. Perlu diinsafi, golongan salafussoleh terdahulu, membaca al-Quran dijadikan amalan lazim mereka sebagai perhubungan jiwa secara langsung dengan Allah dan semestinya terjalin erat pada setiap ketika.

Anda pula, cukupkah sekadar hanya mengatakan al-Quran panduan hidup, tetapi cuma meletakkannya sebagai hiasan rumah, tanpa dibaca, difahami, diamal dan dilaksanakan perintah serta larangan didalamnya?...
Read On 0 comments

Pendidikan anak Cemerlang menurut Al Quran dan Sunnah

9:25 PM

Penulis : Syaikh Ahmad Al-Qattan

Penterjemah : Ahmad Najib Abdullah Al-Qari

Penerbit : Pustaka Ilmi (1998)

Halaman : 146 mukasurat

Buku ini agak ringkas. Memuat 9 bab tentang ‘keibubapaan’. Bermula persedian sebelum anak lahir.

Dari sudut autoriti sumber rujukan, saya membandingkan dengan beberapa buah buku ‘parenting’ yang telah saya baca. Buku ini merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah yang sahih. Walaupun seringkali tidak menyebutkan rujukan hadis, namun berdasarkan semakan, saya dapat katakan semua hujah yang penulis keluarkan boleh dipertanggunjawabkan. Justeru buku ini termasuk dalam senarai saranan.

Satu kelebihan buku ini ialah, penulis menampilkan beberapa tips menangani karenah anak-anak. Antaranya :

1. Menangani anak marah.

2.Mendidik anak pandai berdikari.

3. Memilih makanan anak-anak.

4. Tegahan menghantar naka ke sekolah missionary atau Kristian.

Read On 0 comments

Followers

   

VISITOR COUNTER

Our Blog is still under Construction and will be ready in near future.This Blog created for selling Book Online and based on bulk buying or small quantity buying (from 1 to 50 or unlimited).Our based is In Sarawak and book are distributed to all Part of Malaysia,Singapore,brunei and elsewhere if there is any request.For more information contact us by e-mail at :- Trezeteufel@gmail.com

    Labels