Penulis : Muhammad Shalih Al-Munajjid
Penterjemahan : Futuhul Arifin
Penerbit : Darus Sunnah, Jakarta (2008)
Harga : Rp 155,000
“Buku ini menampilkan contoh-contoh kisah kegelisahan yang terpuji”
Tips memilih buku
Saya percaya kepada kualiti penerbitan dan terjemahan Darus Sunnah. Walaupun bukan yang terbaik, namun di kalangan yang saya puas hati. Justeru, ‘don’t judge a book by its cover’ tidak terlaksanan pada saya. Semuanya baik dari kandungan, kover, lay out dan harga memberi peranan.
Faktor kedua yang lebih kuat pada buku ini ialah pada nama pengarangnya. Syaikh Muhammad Soleh Al-Munajid bukan calang-calang ilmuwan. Buku beliau sangat banyak diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (juga bahasa Melayu).
Gaya tulisan beliau poin demi poin dengan sedikit huraian. Tidak bertele-tele hingga hilang fokus.
Beliau merupakan anak murid kanan Syaikh Abdul Aziz bin Baz (bekas mufti Arab Saudi), Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin dan Syaikh Soleh Fauzan Al-Fauzan. Memadai saya sebutkan 3 guru beliau yang tersohor.
22 Kiat Mengatasi Stress
Justeru, saya silap apabila memancang naskah setebal 54 halaman ini sebagai buku yang biasa-biasa sahaja. Ini kerana sudah ada sejumlah tajuk yang membincangkan isu tekanan dan stress. Baik dari huraian teori Eropah/Barat juga yang meng’klaim’ berdasarkan Islam.
Kegelisahan Yang Terpuji
Pada bahagian awal, naskah ini membincangkan jenis-jenih tekanan @ stress @ kegelisahan. Tidaklah semua tekanan itu bersifat negatif dan memudaratkan. Sebaliknya penulis membawakan beberapa contoh tekanan datau kebimbangan yang terpuji di sisi agama. Beliau membawakan contoh kisah Zubair Al-Awwam yang bimbang akan terbunuh dalam perang, sedangkan beliau masih mempunyai hutang yang banyak. Zubair mewasiatkan kepada anaknya Abdullah supaya segera melunaskan hutang ayahnya, jika beliah terbunuh.
Teknik-teknik Mengatasi Stress
Seterusnya penulis menitipkan 22 teknik mengatasi tekanan. Teknik yang dibawakan digali dari petunjuk Al-Qur’an dan Sunnah.
Antara teknik yang disebutkan termasuklah membanyakkan selawat ke atas nabi dan memakan makanan yang dinamakan sebagai talbinah (dibuat dari gandum yang dimasak menjadi bubur).
Kata Ubay bin Kaab dalam satu perbualan dengan Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau),
“Aku persembahkan seutuhnya selawatku untukmu”, kemudian dijawab oleh Rasulullah, “jika demikian akan lepaslah kegelisahanmu dan akan diampuni dosamu”. (Hadith Tirmizi, hasan)
“Talbinah itu dapat memotivasi hati orang yang sakit dan menghilangkan kesedihan” (Hadith Bukhari)
Post a Comment