Penulis : Syaikh Muhammad Hassan al-Jamal
Penerbit : Pustaka al-Kautsar
Halaman : 277 mukasurat
Harga : Rp 30,000
Sengaja saya nukilkan nama-nama penuh 10 sarjana yang dibicarakan dalam buku ini. Ini kerana, sebelum ini kita hanya kenal dengan nama gelaran yang diberi.
Mengenal tokoh ini besar manfaatnya.
Satu daripadanya, ia memberi motivasi untuk membaca karya-karya yang mereka tulis. Maha Suci Allah, sungguh khazanah buku yang mereka tinggalkan ratusan bahkan ribuan jumlahnya.
Dalam keadaan menulisn dengan tinta, di atas kertas yang masih mahal haragnya. Tiada mesin taip apatah lagi komputer, mereka menulis jutaan lembaran ilmu. Bandingkan sahaja, kita hari ini baca Quran sahaja berapa banyak dalam satu hari.
Keduanya, jika kita rasa sudah banyak ilmu dan banyak baca buku, maka telusuri buku ini.
Sungguh saya merasa naif sekali, mahu dibanding apa yang kita ada dengan mereka, umpama setitis dari sebuah lautan.
Saya senaraikan nama sarjana yang dikaji dalam buku ini, dengan tarikh lahir dan tarikh mati mereka. Pun begitu, di dalam buku ini terdapat beberapa kesilapan ‘type-error’ terutama berkaitan tarikh.
1. An-Nu’man bin Tsabit bin Zutha (80-150 H) -
2. Malik bin Anas Abi Amir al Ashbahi (93 – 179 H) – Madinah
3. Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafi’ (150 – 204 H) – Palestin
4. Ahmad b Hambal (164 – 241 H) – Baghdad
5. Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm (384 – 456 H) – Sepanyol
6. Al-Hasan b Al-Yasar (21 – 110 H) – Basrah
7. Laits b Sa’ad Abdurrahman (93 – 175 H) – Mesir
8. Taqiyuddin Abul Abbas Ahmad Bin Abdul Halim (661 – 728 H) – Jazirah Arab
9. Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abi Bakr (691 – 751 H)
10. Abu Ali Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Abdullah asy-Syaukani (1173 – 1250H)
Post a Comment