Pustaka Permata

Mukjizat-mukjizat Nabi

Penulis : Syaikh Mutthafa Al-Adawi

Penterjemah : Suffyan al-Atsary

Penerbit : Pustaka At-Tibyan, Solo

Harga : Rp 60,000.00

Pengarang buku ini merupakan salah seorang pakar hadith kontemporari. Beliau lahir pada tahun 1945 dan berasal dari Mesir. Salah seorang guru beliau yang berpengaruh ialah Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i.


Buku kecil setebal 160 halaman ini menghimpunkan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith Nabi berkaitan mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau).

Sebanyak 21 mukjizat disenaraikan di dalam buku ini.

  1. Al-Qur’an
  2. Isra’ dan Mikraj
  3. Baitul Maqdis Diangkat Sehingga Nabi Melihatnya di Mekah
  4. Bulan Terbelah
  5. Tangisan Pokok Kepada rasulullah
  6. Dada Nabi Dibelah
  7. Balasan Serta-Merta Kepada Orang Yang Menipu Dan Memusuhi Nabi
  8. Hukuman Kepada Orang yang Tidak Menghargai Ucapan Nabi
  9. Adab Haiwan Kepadanya
  10. Pohon Tunduk Kepada Beliau
  11. Batu Mengucapkan Salam Kepadanya

dan beberapa lagi.

Sebahagiannya sudah dimaklumi di kalangan umat Islam. Manakala sebahagian lagi masih belum masyhur. Justeru buku ini sangat bermanfaat untuk dibaca.

Penulis juga menukilkan sikap seorang mukmin terhadap mukjizat nabi. Lantaran sebahagian sebahagian orang yang mengaku Islam dan beriman, namun menolak untuk beriman dengan sebahagin mukjizat Nabi. Mereka beralasan bahawa peristiwa yang berlaku itu tidak logik.

0 comments:

Post a Comment

Followers

   

VISITOR COUNTER

Our Blog is still under Construction and will be ready in near future.This Blog created for selling Book Online and based on bulk buying or small quantity buying (from 1 to 50 or unlimited).Our based is In Sarawak and book are distributed to all Part of Malaysia,Singapore,brunei and elsewhere if there is any request.For more information contact us by e-mail at :- Trezeteufel@gmail.com

    Labels