Tajuk : Sahabat - sahabat Rasulullah S.A.W (Jilid 1 & 2)
Pengarang : Syaikh Mahmud Al Mishri
Terbitan : Pustaka Ibnu Katsir
Harga : RM 117.80
Keterangan :
Mereka bukan Malaikat, mereka juga bukan Nabi. Mereka adalah manusia biasa sama seperti kita, namun mereka memiliki sesuatu yang tidak kita miliki. Mereka memiliki keimanan yang teguh, ketaatan yang mutlak, keikhlasan yang bersih dan kecintaan yang tulus kepada Allah dan Rasul-Nya, melebihi kecintaan mereka terhadap segala apapun di dunia yg fana ini, termasuk diri mereka sendiri. Mereka telah melakukan pengorbanan yang tiada taranya, yang mana mereka persembahkan kepada Allah dan Rasul-Nya, hingga mereka mencapai suatu darjat kemuliaan yang tidak akan pernah mampu dicapai oleh sesiapapun hatta sampai bila-bila pun.
Mereka adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah setelah para Nabi, dan sebaik-baik umat dan generasi yang pernah ada di muka bumi ini. Mereka adalah manusia yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling jauh dari kepura-puraan, paling lurus bimbingannya dan paling baik keadaannya. Mereka telah dipilih oleh Allah untuk mendampingi Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Mencintai mereka merupakan bahagian dai agama, iman dan ehsan. Sedangkan membenci mereka merupakan kekufuran, kemunafikan dan kejahatan. Mereka adalah para sahabat Rasulullah S.A.W. Kehadiran mereka pada masa diutusnya Rasulullah S.A.W bukanlah suatu kebetulan. Bukan jua secara tidak sengaja terlahir di masa beliau, atau muncul begitu saja di saat itu. Akan tetapi semua itu merupakan bahagian dari rencana dan kehendak Allah.
Dengan membaca buku ini, kita akan lebih mengenal dan lebih akrab dengan nenek moyang seagama dengan kita, iaitu para sahabat Rasulullah S.A.W. Kita akan berasa cukup kagum dan tertanya-tanya, bagaimana mereka dapat mencapai tingkat keimanan sedemikian tinggi? Dunia tidak ada erti dan tidak berharga walau sedikit pun di mata mereka. Sehingga mereka lebih memilih kehidupan yang sulit dan perjuangan yang sukar, demi meraih kehidupan yang abadi dan kebahgiaan yang hakiki, iaitu di negeri akhirat. Dengan demikian, kita dapat menimba keteladanan dari mereka dan dapat mengukur sejauh mana kualiti keimanan kita kepada Allah, sehingga dapat memotivasikan kita untuk lebih meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.
Post a Comment