Pustaka Permata

Sejarah Agama Yahudi dan Kitab Perjanjian Lama

Penerbit : Jahabersa Sdn. Bhd.
No. ISBN : 983-170-730-3
Penulis : Mohd Fikri Bin Che Hussain
Harga : RM 15.00

Persoalan agama Yahudi adalah sesuatu yang agak rumit untuk dibahaskan kerana pemikiran bangsa Yahudi itu sendiri amat rumit sekali untuk difahami. Mereka tidak sahaja memusuhi Islam sejak zaman Nabi Ibrahim malah antara mereka sendiri juga berkonflik dalam menegakkan cabang-cabang ideologi pemikiran suku masing-masing.

Penulis Mohd Fikri Bin Che Hussain berjaya meringkaskan kefahaman Bani Israel dan agamanya ini di dalam satu buku yang bertajuk Sejarah Agama Yahudi dan Kitab Perjanjian Lama : Satu Pengenalan dan Analisa. Terbitnya buku ini sedikit-sebanyak memudahkan pembaca-pembaca Muslim memahami agama Yahudi ini yang sering disebut di dalam Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW.

Buku ini menghamparkan 13 bab untuk renungan dan penilaian pembaca dalam memahami hal ehwal Yahudi. Setiap bab dijalinkan fakta-fakta dengan mantap dan berdikit-dikit dalam kaedah memahamkan pembaca-pembaca.

0 comments:

Post a Comment

Followers

   

VISITOR COUNTER

Our Blog is still under Construction and will be ready in near future.This Blog created for selling Book Online and based on bulk buying or small quantity buying (from 1 to 50 or unlimited).Our based is In Sarawak and book are distributed to all Part of Malaysia,Singapore,brunei and elsewhere if there is any request.For more information contact us by e-mail at :- Trezeteufel@gmail.com

    Labels