Penulis : Dr Azwira Abdul Aziz (Fakulti Pengajian Islam UKM)
Penerbit : Jahabersa (2006)
305 Halaman
Buku ini diberi kata pengantar oleh Prof. Dr Abdul Fattah Haron
Buku ini sebenarnya satu dari beberapa siri buku yang ditulis untuk menjawab tohmahan terhadap tokoh-tokoh ahlus sunnah.
Tokoh-tokoh ahli sunnah yang diburuk dan dicerca bukan merujuk tokoh ilmuwan atau sarjana tempatan atau mutkahir. Sebaliknya tokoh-tokoh yang terlibat termasuk Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, anak muridnya Ibnu Qayyim al-Jawziyah dan Syaikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab.
Di sisi pembaca tempatan (Malaysia) mungkin polemik ini terasa masih baru. Namun dari sisi khazanah intelektual, perbalahan dan konflik ini bukanlah suatu hal yang baru. Tohmahan dan cercaan terhadap dua tokoh abad ke-7 seperti Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim sudah pun bermula ketika mereka masih hidup lagi.
Tidak ada penemuan baru dalam tohmahan yang dibuat oleh Zamihan Al-Ghari, sebaliknya menurut pengarang buku ini, beliau hanya menyalin dan menukilkan tohmahan yang telah dibuat oleh orang terdahulu. Dalam kes ini, Zamihan begitu banyak bertaklid kepada gurunya iaitu Hassan Ali As-Saqqaf.
Saya tidak berhasrat mengulas panjang berkaitan dua individu ini, lebih-lebih lagi kedua-duanya terlibat dengan kontroversi dan ada kes yang masih dibicarakan di mahkamah berkaitan mereka. Semoga Allah memberikan mereka taufiq dan hidayah.
Sepintas lalu
Buku ini mengupas 11 tomahan yang dibuat ke atas ulama ahlu sunna. 4 tokoh yang diserang secara langsung ialah Ibnu Taimiyah, Ibu Qayyim, Muhammad bin Abdul Wahab dan ahli hadith Muhammad Nasiruddin al-Albani.
Beberapa ilmuwan dan penulis lain yang menulis bantahan terhadap buku-buku Zamihan termasuk Kapten Hafiz Firdaus dan Ustaz Rasul bin Dahri.
Post a Comment