Pustaka Permata

Warkah cinta Berbau Syurga


Harga : RM 23.50 / RM 26.50

Penulis : A. Ubaidillah Alias

Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd

Sinopsis : Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Ketika membaca novel hasil kreativiti sahabat lama saya ini, adakalanya saya tersenyum dan tersengih sendirian. Sama tetapi berbeza, kerana sama nama tempat belajar tetapi berbeza lokasi. Sebahagian babak dalam cerita ini saya fahami kerana persamaan-persamaan itu walaupun lokasi sebenar penceritaan tidak pernah saya kunjungi.

Ustaz Ubaidillah adalah rakan seperjuangan khususnya ketika kami sama-sama menduduki peperiksaan diploma tahfiz Darul Quran pada tahun 1999. Justeru penceritaan beliau berkenaan Maahad Tahfiz Pulai Condong sangat hidup kerana beliau adalah keluaran institut berkenaan. Justeru itu saya menghayati kisah-kisah berlatar belakangkan Maahad Tahfiz berkenaan kerana saya juga dari institut yang sama tetapi berlainan lokasi iaitu di Kota Kinabalu.

Ketika membaca babak-babak perhubungan telefon antara Amir dan Wardah, saya terbayangkan pondok-pondok telefon di Grace Court Sembulan, dan dua talian telefon di rumah tempat kami tinggal antara tahun 1997-1999. Saya teringatkan rakan-rakan lama, Awang Ibnu, Syem, Amir, Hafidz dan lain-lain. ketika kami sama-sama memulakan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Saya juga teringatkan kawan-kawan sekelas dan junior di SMA Toh Puan Hajah Rahmah yang menjadi usikan dan kenangan bersama.

Begitu juga cerita-cerita berlatarkan Kaherah membuatkan ingatan saya kembali ke ibu negara Mesir itu. Saya tersenyum beliau menulis kedai ‘Sami Foto’ yang selalu menjadi tumpuan pelajar Malaysia ‘mencuci’ foto, terbayangkan rumah Kelantan yang ada restoran di dalamnya dan perjuangan menerbitkan majalah seperti mana saya juga pernah terlibat untuk pelajar Sabah satu ketika dahulu.

Sayangnya saya terlambat membaca novel menarik ini walaupun sudah memilikinya hampir setahun lalu. Tahniah Ustaz Ubai atas kisah yang menarik dan mempunyai pengajaran yang sangat baik. Saya harap novel ini dibaca oleh sahabat-sahabat saya ketika di Maahad dulu, paling tidak untuk mengembalikan nostalgia lama. Anak-anak murid yang ada di Maahad kini pun bagus juga membaca novel ini.

*********

Info Penulis : A. Ubaidillah Alias adalah anak kelahiran negeri Serambi Mekah. Beliau menamatkan hafazan 30 juzuk di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong. Seterusnya berjaya mendapat ijazah (Hons) dalam jurusan Usuluddin, Universiti Al-Azhar Kaherah. Kini bertugas di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat Kelantan sebagai guru Al-Quran dan Akademik. Cerpen beliau pernah tersiar di akhbar dan majalah perdana. Novel grafik pertama beliau yang bertajuk Sekudus Nur Ilahi diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn. Bhd..
0 comments:

Post a Comment

Followers

   

VISITOR COUNTER

Our Blog is still under Construction and will be ready in near future.This Blog created for selling Book Online and based on bulk buying or small quantity buying (from 1 to 50 or unlimited).Our based is In Sarawak and book are distributed to all Part of Malaysia,Singapore,brunei and elsewhere if there is any request.For more information contact us by e-mail at :- Trezeteufel@gmail.com

    Labels